Ads 468x60px

Sunday 15 April 2012

Tempat Menarik di Kuching


Pasar Satok yang banyak terdapat ikan terubuk masin
Jika berkunjung ke Sarawak memang tidak sah kalau pergi melawat di bandar Kuching. Banyak Tempat Menarik yang terdapat di Kuching. Antaranya ialah pasar Satok yang banyak terdapat barangan hasil-hasil kampung yang dijual dengan harga yang murah.

PELANCONGAN PENDIDIKAN


Produk pelancongan berkonsepkan rekreasi pendidikan, berpotensi tinggi untuk dikembangkan di negeri ini memandangkan keindahan alam semulajadi yang luas dan terpelihara serta amat sesuai untuk aktiviti riadah.

Konsep pelancongan menggabungkan rekreasi dan pendidikan merupakan aktiviti yang amat popular di kalangan masyarakat Barat yang dikenali sebagai summer camp atau team building yang menjadi program musim cuti bertujuan membentuk keperibadian individu.

Pulau Tioman

Pulau Tioman

Fail:Tioman island.jpg

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam.Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri JohorPulau Tiomansebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing,JohorMersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung GemokKuala Rompin di Pahang.

Pulau Pangkor


Pangkor Island / Pulau Pangkor sebuah pulau di perairan Selat Melaka. Ia memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian. Pulau percutian yang semakin diminati para pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan jadi tarikan utama ke Pulau Pangkor. Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah.

Pulau Redang

Industri Spa Rangsang Pelancongan Kesihatan

BAGI menggalakkan peningkatan industri spa tempatan serta melonjakkan kedudukan negara sebagai destinasi pelancongan kesihatan, Kuala Lumpur menganjurkan Festival Spa dan Kesejahteraan Asia 2007.
Acara itu berlangsung di Pusat Pameran Mid-Valley di ibu negara baru-baru ini yang dianjurkan oleh AIC Exhibition Centre dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr Victor Wee, berkata penganjuran festival seperti ini diharap dapat merangsang perkembangan industri spa yang menyumbang 12 hingga 18 peratus pendapatan tahunan bagi sektor pelancongan.

Saturday 14 April 2012

Malaysia destinasi pelancongan perubatan

INDUSTRI PELANCONGAN KESIHATAN DI MALAYSIA

Pelancongan kesihatan dimaksudkan apabila seorang individu atau pesakit yang melancong ke negara lain untuk mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan.  Perkhidmatan tersebut biasanya mrangkumi prosedur-prosedur elektif dan juga prosedur-prosedur kompleks dan pakar seperti pembedahan kardiak, pembedahan pergigian, dan pembedahan kosmetik.

Perkhidmatan–perkhidmatan lain seperti rawatan psikiatri, perubatan alternatif, dan juga perkhidmatan pengebumian boleh didapati di luar negara.

Sehingga kini, terdapat 50 buah negara yang telah mengenal pasti industri pelancongan kesihatan sebagai satu industri nasional. Walau  bagaimanapun pengakreditan dan cara penilaian kualiti perkhidmatan terhadap perkhidmatan yang diberikan adalah berbeza  menyebabkan pelancongan kesihatan ini suatu perkara yang kontroversi.
Malaysia dan Industri Pelancongan Kesihatan

Menurut Association of Private Hospitals Malaysia, pada tahun 2006, pendapatan negara daripada industri pelancongan kesihatan adalah sebanyak RM 203.66 juta  (USD 59 million)

Kadar pelancong ke Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan telah meningkat sebanyak 25.3% dari tahun 1998 ke tahun 2008 (International Medical Travel Journal).

Kerajaan telah mengenal pasti industri ini sebagai satu industri yang akan banyak menyumbang kepada pendapatan negara dan sedang berusaha giat dalam memajukan Malaysia sebagai pusat  untuk industri pelancongan kesihatan di peringat serantau.

Sejajar dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan bagi Promosi Pelancongan Kesihatan di Malaysia (The National Committee for the Promotion of Heath Tourism in Malaysia) untuk menjalankan kerja-kerja promosi.  Ahli-ahli lain dalam jawatankuasa ini adalah, “Malaysian Industrial Development Authority, the Malaysian Association of Tour and Travel Agencies, Malaysian Airlines System, the Primary Care Doctors’ Organisation of Malaysia,”  dan hospital- hospital tertier yang lain.

Monday 2 April 2012

Pelancongan di Melaka sebagai pelancongan pendidikan

Melaka dikenali dengan Bandar bersejarah




PENGUNJUNG ke Melaka akan disambut dengan slogan, Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia. Slogan itu jelas tertera di pintu gerbang ketika memasuki negeri itu di Lebuh Raya Ayer Keroh-Jalan Tun Razak.

Benarkah apa yang ada di seluruh Malaysia ada di Melaka? Secara amnya, banyak produk pelancongan ditawarkan kepada pengunjung baik dari segi kemudahan awam, tempat kunjungan, pusat beli-belah, hotel, institusi pendidikan, pantai, pulau dan sebagainya.

Melaka juga bercirikan 1Malaysia, kata seorang peserta rombongan ketika berkunjung ke Melaka baru-baru ini. Dia menegaskan, pendapatnya itu berdasarkan nilai-nilai yang ketara di mata kasarnya.

Sunday 1 April 2012

Pulau Langkawi

ISU PELANCONGAN : Kepelbagaian budaya masyarakat promosi pelawat asing ke Malaysia

APAKAH peranan agensi pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara mengunjungi Malaysia dan pelancong tempatan melancong dalam negara berbanding ke luar?

Tanggungjawab utama agensi pelancongan ialah mewujudkan pakej menarik yang menjanjikan keselesaan dan memenuhi kehendak pelanggan seperti penginapan, pengangkutan, makanan dan perkara berkaitan. Mereka perlu mengambil kira kehendak pelanggan dan menyediakan perkhidmatan seperti dikehendaki. Mereka juga boleh memperkenalkan produk yang mungkin menarik minat pelancong untuk mencuba. Perlu diingat pakej menarik itu bukan saja untuk pelancong luar negara malah juga rakyat tempatan. Banyak produk pelancongan yang boleh dipromosikan seperti ekopelancongan, pelancongan pengembaraan dan sukan. Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) pula bertindak sebagai orang tengah antara kementerian dan agensi pelancongan. Kami memaklumkan kepada ahli mengenai jadual diatur kementerian dan agensi pelancongan turut mengambil bahagian dalam memasarkan produk mereka. Satu perkara perlu diketahui ialah MATTA tidak terbabit dalam usaha mengadakan pameran dan sebagainya di luar negara.