Ads 468x60px

Sunday 15 April 2012

Tempat Menarik di Kuching


Pasar Satok yang banyak terdapat ikan terubuk masin
Jika berkunjung ke Sarawak memang tidak sah kalau pergi melawat di bandar Kuching. Banyak Tempat Menarik yang terdapat di Kuching. Antaranya ialah pasar Satok yang banyak terdapat barangan hasil-hasil kampung yang dijual dengan harga yang murah.

Produk yang dijual di Pasar Satok
Macam-macam jenis produk yang dijual di Pasar Satok. Antaranya ialah seperti gambar di atas. Macam-macam jenis sambal ada seperti sambal jawa, sambal udang, sambal belacan, petis rojak, sambal ikan masin dan sebagainya

Tempat Menarik di Kuching
Banyak Muzium yang terdapat di bandar Kuching ni. Antaranya ialah Muzium Semulajadi, Muzium Sejarah dan sebagainya

Tempat Menarik di Kuching
Di Sarawak memang terkenal dengan barangan kraftangan dan ukiran yang cantik

Perkampungan Budaya
Jangan lupa melawat Kampung Budaya Sarawak. Di sini macam-macam anda boleh pelajari tentang hidup masyarakat Sarawak

Kampung Budaya Sarawak
Di sini anda perlu menghabiskan masa sekurangnya 3-5 jam kerana banyak tempat persinggahan dan rumah-rumah yang boleh anda kunjungi dan melihat demonstrasi masakan, tarian dan sebagainya

Kek Lapis Sarawak
Memang tidak sah kalau ke Sarawak kalau tidak membawa balik kek lapis Sarawak yang enak. Anda boleh beli di Kuching Waterfront

Kuching Waterfront
Memang banyak lagi tempat menarik di Kuching yang boleh anda lawati tetapi tak sempat saya nak ceritakan di sini. Sarawak merupakan destinasi pelancongan yang harus dikunjungi anda ingin bercuti dan melihat benda-benda baru yang tidak terdapat di Semenanjung.


No comments:

Post a Comment